mangga

Sunday, August 22, 2010

Imbau zaman koboi

ERIAH... perkampungan Sovereign Hill yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menggambarkan cara hidup masyarakat koboi era 1850-an.
ERIAH... perkampungan Sovereign Hill yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menggambarkan cara hidup masyarakat koboi era 1850-an.


PEJAMKAN mata dan bayangkan diri anda pada era 1850-an di kawasan perlombongan emas di Sovereign Hill, Ballarat, Australia.

Inilah yang saya alami ketika di perkampungan ala koboi atau taman tema bersejarah yang menempatkan bangunan era 1850-an termasuk pub, hotel, kedai roti, pejabat pos, lombong emas, kandang kuda malah pusat permainan boling.


Melihat masyarakatnya berpakaian ala koboi mengingatkan saya kepada filem itu yang pernah saya tonton apatah lagi saya amat meminati aktor tersohor Hollywood seperti Charles Bronson, Clint Eastwood dan John Wayne.


Ketika berjalan-jalan di perkampungan itu, seolah-olah saya salah seorang manusia yang hidup di zaman itu. Cara hidup mereka memang ‘hidup’ dengan karakter yang melambangkan masyarakat era itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Imbauzamankoboi/myMA/myArticle/

No comments:

Post a Comment