
sumber
LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter. kosmo
GEORGE TOWN - Seorang tukang tilik biasanya meramalkan nasib dan masa depan orang lain. Bagaimanapun bagi seorang tukang tilik di sini, dia gagal meramal nasibnya sendiri. kosmo
![]() |
GAMBAR menunjukkan bangunan 27 tingkat yang menempatkan rumah Mukesh Ambani di Mumbai, India masih dalam pembinaan. |
MUMBAI - Sebuah bangunan setinggi 27 tingkat milik lelaki paling kaya di India, Mukesh Ambani, 53, sedang dibina manakala tingkat paling atas akan menjadi tempat tinggal untuk keluarganya seramai empat orang di Mumbai yang berharga AS$1 bilion (RM3.2 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Bangunan yang diberi nama Antilia itu setinggi 173.73 meter dan seluas 3,437 meter persegi.
Ia bakal dilengkapi dengan satu kelab kesihatan, gimnasium, studio tarian, sekurang-kurangnya satu kolam renang dan panggung wayang berkapasiti 50 tempat duduk. kosmo
NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York. kosmo
POKHARA, Nepal - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh seorang pegawai Guinness Book of World Records, Marco Frigatti semalam.
Magar yang setinggi 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5 kilogram (kg) mengambil alih gelaran itu daripada Edward Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm. kosmo
CORNWALL - Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini," kata Church yang menceritakan penemuan unik itu.
Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.
Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.
Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu. - Agensi
![]() |
|
BLACKPOOL - Seorang remaja, Oliver Drage (gambar) berusia 19 tahun dipenjara empat bulan kerana enggan memberitahu polis kata laluan komputer miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dipenjarakan di bawah peruntukan kuasa yang pada asalnya digunakan untuk memerangi pengganas.
![]() |
BAKRI dan isterinya menunjukkan kucing istimewa berjari 26 bernama Lawa di Kampung Alor Sena, Padang Besar semalam. |
PADANG BESAR - Seekor kucing betina milik pasangan suami isteri di Kampung Alor Sena dekat sini memang istimewa. Ini kerana ia yang diberi nama Lawa memiliki 26 jari pada kakinya.
Lebih istimewa, Lawa dikatakan cekap menjaga sekitar rumah tuannya yang terletak di kawasan sawah daripada ancaman haiwan perosak seperti tikus mungkin lantaran jari kakinya yang banyak itu.
Lawa yang berusia enam bulan, memiliki tujuh jari di kaki kanan dan kiri hadapan manakala dua kaki belakangnya masing-masing mempunyai enam jari.
Menurut pemiliknya, Bakri Abu Hanifah, 49, sejak dia memelihara Lawa empat bulan lalu ketika usianya dua bulan, masalah tikus sawah yang kerap mengganggu rumah dan kebun mereka sudah tiada lagi.
"Menariknya, Lawa tidak makan tikus yang dibunuhnya dan dalam sehari, Lawa tangkap lebih lima ekor tikus," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Sena dekat sini semalam.
Bakri yang merupakan seorang pekebun menemui Lawa yang terperangkap pada perangkap musang yang dipasang di kebunnya.
![]() |
KAKITANGAN Perhilitan berjaya menembak seekor kera liar yang dipercayai menyerang dan membunuh bayi perempuan berusia empat hari di Taman Happy, Rasah, Seremban, semalam. |
SEREMBAN 6 Okt. - Seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari mati dipercayai akibat diserang sekumpulan kera liar ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu kediaman datuknya di Taman Happy, Rasah, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, bayi malang yang belum sempat didaftarkan kelahirannya itu meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.
Datuk mangsa, A. Valayutham, 70, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTJ memberitahu, ketika kejadian dia menjaga cucunya itu kerana ibu mangsa, V. Revathy, 26, berada di bilik air dan isterinya pula memasak di dapur.
"Saya meletakkan cucu saya sebentar di ruang tamu kerana mahu mengambil minuman di dapur. Bagaimanapun, ketika saya di dapur tiba-tiba Revathy menjerit memberitahu bahawa anaknya tiada di ruang tamu," katanya di sini hari ini.
BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.
Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.
Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.
"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agensi
DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.
Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan. - Agensi
NEW DELHI - Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter.
Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya.
Ibu budak itu akan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi yang bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober depan.
Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.
"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.
Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.
Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya. - Agensi
LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.
Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.
Bintang itu diberi nama Gliese 581.
Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.
Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.
Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.
Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.
Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.
Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.
Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi