mangga

Wednesday, October 6, 2010

Bayi mati digigit kera


KAKITANGAN Perhilitan berjaya menembak seekor kera liar yang dipercayai menyerang dan membunuh bayi perempuan berusia empat hari di Taman Happy, Rasah, Seremban, semalam.


SEREMBAN 6 Okt. - Seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari mati dipercayai akibat diserang sekumpulan kera liar ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu kediaman datuknya di Taman Happy, Rasah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, bayi malang yang belum sempat didaftarkan kelahirannya itu meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Datuk mangsa, A. Valayutham, 70, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTJ memberitahu, ketika kejadian dia menjaga cucunya itu kerana ibu mangsa, V. Revathy, 26, berada di bilik air dan isterinya pula memasak di dapur.

"Saya meletakkan cucu saya sebentar di ruang tamu kerana mahu mengambil minuman di dapur. Bagaimanapun, ketika saya di dapur tiba-tiba Revathy menjerit memberitahu bahawa anaknya tiada di ruang tamu," katanya di sini hari ini.

read more

2 comments:

  1. Kera jantan yang menggigit hingga mati seorang bayi perempuan berusia empat hari dikatakan pergi ke rumah keluarga mangsa kerana tertarik dengan seekor kera betina yang dibela keluarga terbabit.
    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Ishak Muhamad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kera yang menyerang bayi terbabit pergi ke rumah itu kerana terdapat seekor kera betina di dalam kurungan di situ.
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertarikkerabetinadibelakeluargamangsa/Article/index_html

    ReplyDelete
  2. Kera pun pandai jatu cinta gak .... kah.... kah..... kah

    ReplyDelete