mangga

Wednesday, October 6, 2010

Buang mayat suami dalam semak belakang rumah


ANGGOTA polis mengusung mayat Abdul Halim yang dibuang oleh isterinya di dalam semak Kampung Solok Pantai, Batu Berendam semalam.

MELAKA – Polis menahan seorang wanita selepas mengesyaki dia bukan sahaja menyembunyikan kematian suaminya akibat sakit tua malah bertindak membuang mayat suaminya itu ke dalam semak dalam kejadian di Kampung Solok Pantai Batu 4, Batu Berendam di sini Sabtu lalu. selanjutnya


Bayi mati digigit kera


KAKITANGAN Perhilitan berjaya menembak seekor kera liar yang dipercayai menyerang dan membunuh bayi perempuan berusia empat hari di Taman Happy, Rasah, Seremban, semalam.


SEREMBAN 6 Okt. - Seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari mati dipercayai akibat diserang sekumpulan kera liar ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu kediaman datuknya di Taman Happy, Rasah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, bayi malang yang belum sempat didaftarkan kelahirannya itu meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Datuk mangsa, A. Valayutham, 70, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTJ memberitahu, ketika kejadian dia menjaga cucunya itu kerana ibu mangsa, V. Revathy, 26, berada di bilik air dan isterinya pula memasak di dapur.

"Saya meletakkan cucu saya sebentar di ruang tamu kerana mahu mengambil minuman di dapur. Bagaimanapun, ketika saya di dapur tiba-tiba Revathy menjerit memberitahu bahawa anaknya tiada di ruang tamu," katanya di sini hari ini.

read more

Tersalah Makan Ubat



Friday, October 1, 2010

Pecah kayu dengan payudara


GAMBAR menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.


BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.

"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agensi

Aksi berani cuci tingkap di tingkat 34


GAMBAR yang lebih jelas menunjukkan pekerja lelaki mencuci tingkap tingkat 34 tanpa memakai peralatan keselamatan.


DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.

Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan. - Agensi

Kanak-kanak dua tahun setinggi 1.34 meter


GAMBAR menunjukkan Karan Singh (kiri) berdiri bersama rakan-rakan sebaya.


NEW DELHI - Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter.

Menurut ibu Karan, dia berharap anaknya itu akan mengatasi ketinggiannya.

Ibu budak itu akan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi yang bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober depan.

Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi.

"Apabila dia melihat ada orang sedang makan, dia akan meminta makanan. Dia tidak akan berhenti makan jika saya tidak memaksanya supaya berhenti," kata ibunya.

Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.

Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya. - Agensi

Planet digelar Bumi Baru ditemui


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi